Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya !

Weh nk raya dhla weh. Pejam celik pejam celik dh nk raya kn? cepatnya gilerrrr rasa. Baju raya pun tak beli lagi. Siapa this year baju raya warna purple? Awak? Awak? Awak? Sebab this year ramai gila yg pkai warna purple. Deman purplelies kot. Memandai ja aku ni, sukahati depa la. hehe. chill ye chill :) k abaikan~
Dulu dulu kn masa kita kecik kecik kn orang2 suka ckap mcm ni " siapa tak puasa tak boleh raya/ tak dpat duit raya" haha so saya pun pulun lah puasa. Padahal org yg tak puasa pun dpat serupa tu jgak. Masa budak2 memang selalu kena kelentong. Nk buat camna msa tu tak brapa nk cerdik lgi #Childhoodmemories:)
Woahh tk sabarnya nk raya,nnti boleh la dpat $$$ ka-ching!(Y) It's about money money money, and I need a money money money. Haha. Hey awak! Nak duit raya. #mukatakmalu :p
And dpat mkn banyak banyak wohhhuu. Ada itu ketupat sedap, lemang lazat, selunding enak, kuih laya cantik, makan sampai kembong itu pelut. Lepas tu kalau berat naik jangan tnya kenapa.
Okayy -ayy-yy saya dh dpat rasakan suasana hari raya. Kuih raya pun buat dh, rumah nk kemas esok, Nk pasang lampu liplap liplap*jealous tgk rumah sebelah kemain lagi liplap liplapnya. Hehe :)
K la saya dh tatau nk ckap apa dh. Dalam kepala ni ingat nk raya ja hehe #macambudakkecik. 
Selamat Hari Raya Semua! :)
Maaf Zahir dan Batin (batin tu tak perlu kot) hehe
#Nowplaying Suasana Hari Raya (Y)

Wednesday, August 3, 2011

A Beautiful Memories.

Hello hello hi !  Lama kn I tak Update blog? Haa sbb I takda kat sini. miss you guys so much. Everything was fine isn't? Woahh bru nmpak dunia, yala 3 bulan dok dlm hutan belentara tu. haha #oversangattu.
Tapikn tapikn saya suka sangat bila waktu malam. Sebab boleh tgk bulan, bintang2. Ohh cantiknya :)
Tapi bila siang pun cantik jgak, Matahari betol2 dok atas kepala. Aiyoyo boleh pening ooo -.-
Almost 3 month in Kem PLKN Tasoh, finally its done successfully. Cepatkn masa berlalu? But trust me PLKN mmg best although sebelum ni saya ckap plkn bosan,tak best, whatever la tu semua tipu ja k. Jgn percaya k. Mula2 ja rasa bosan, dh lama2 okay la. Yg plg best flying fox, fuhh tpi scary gila. Dari mula smpai abis menjerit. Haha memalukan sugguh. Gelabah ja lebih, smpai dh mcm pattingson( Betul tak aku eja ni?haha   lantak lahh) Then kayak dgn rakit. Alaahh senang ja pun kayak takla ssh mcm mna pun. Mula2 tu agak takut la sikit, takut terbalik kayak tu, takut terjatuh dlm tu la. haha saya admit mmg saya penakut sikit. Sikit je tak byk pun :) Mmg enjoy gila lah. Tpi bila mlm sakit sini sakit sana. Lenguh babe lenguh, dh mcm nk terkeluar tangan. Haha. Macam2 lgi la yg best. Tpi class la yg bosan sikit, Tpi kn sometime ja rasa bosan tu, sbb kdg2 kami buat aktiviti, bestt ooo mcm bdk tadika. Haha, tpi apa yg blajar dlm class tu adalah sgt PENTING dan amat BERGUNA utk msa depan pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Ewahhh boleh jdi PM dh ni. Heehe :)
And malam last dkat plkn semua menagis termasuk saya skali geee :) sbb ustaz bgi ceramah mmg tersentuh gila, pas2 sbb esok dh nk balik so sedih la kn :( But don’t be sad because saying goodbye, should be happy because have memories with them that will cherish forever right?

I'll never ever forget all the memories with my friends, especially when we sing,dance,jokes in our most beautiful dorm. Ohh I really miss that beautiful moment. Can turn back time?
Nothing makes the earth seem so spacious as to have friends at a distance, they make the latitudes and longitudes.
So this is Nur Fatin Bt Tajul Ariffin, my apple pie, my sleeping partner. Malam2 tidur sekatil ni disebabkn ketakutan yg melanda. Lepas ni msti aku rindu nk 'jvbcndjfus' dgn hang atas katil mcm dulu dulu.. Haha whatever it is ILOVEYOU plus plus k.

Goodbye, goodbye, I hate that word. Goodbyes are not forever. Goodbyes are not the end. They simply mean I'll miss you until we meet again!  Don't cry because it's over. Smile because it happened :)
Really having fun with them. ILOVEYOU so damn much!

Saturday, June 18, 2011

Home Sweet Home :)

Ohhh rindunya dekat rumah, bilik, katil, dan lain lain lgi, termasuk la ratatouille(tikus gila) yg suka buat bising malam malam. Hihi. Dh sebulan tak balik, nasib baikla ada cuti. Tu pun 4 hari ja. *bersyukur fiqa bersyukur. Setakat ni besa2 ja, takda apa pun yg best rasanya maybe sbb aktiviti2 yg kembara halangan tak mula lgi. Kat sana mmg kejar masa, kadang2 tu nk basuh bju pun tak sempat. Bangun pkul 4.30 PAGI, fr sure la kat class nnti tersengok sengok, yalaa mna nk iron bju lgi, nk tuggu giliran toilet lgi. Haiyaa PLKN PLKN. 5.15 p surau sembahyang subuh, pas2 takda nk rehat2 dh, penuh dgn aktiviti harian. Except sabtu dgn ahad. Kawan2 pun okay, takda byk masalah. Tpi jurulatih2 kat situ agak gatal, so kena hati-hati jgn nk over sgt dgn cikgu2, tuan, encik yg ada kat situ.
K cerita pasal lain pulak, first2 smpai mmg blur gila. First time masuk dorm, maklumlah takpenah duduk asrama.     Dah lama2 okay la, makan kat sana pun okay la jgak, kalau termasin, tawar, tu normal la kn. 
Yang paling best kat sana ialahhh phone depa tak ambek. Hip hip horrayy!
So boleh la snap snap. Geeee :)

We Are One Family !
Go Delta Go !

Sunday, May 15, 2011

BYEEE BYEEEEE :' (

PLKN PLKN, haihh siapa la yang bagi suggestion untuk tubuhkan benda ni -.-"
Alahaii malasnya nk pergi. Tinggal lagi berapa hari ja lagi, selasa ni okay selasa ni. Esok lusa ja.
Okay, I have to get ready nk pack pack barang. Nak kena asingkan yang mna patut bawa and yang mana hanya akan memenuhkan beg. Haa ni list barang2 yg nk bawa. Tatau la muat ke tak ni.


 Nasib muat. hehe. Now im ready. Jyeahhh excited gila. Tak sabar sabar dah ni. Lalalala haha. Haihh.. 3 bulan takda la nk Facabook Twitter Blog apa lagi? byk sgt dah lupa. hehe :p 
Dudukla dalam hutan belantara tu. Balik balik dari plkn terus puasa. Then tinggal lagi sebulan nk get ready untuk masuk uitm pulak. Haiyaa. Elok2 lepas raya pulak tu, tak silap raya ke 4 or 5. K K dah tatau nk ckap apa plus tgh lapar ni, nk makannnn. Perut dh buat orkestra cina dh ni.hehe
BYEEE SEMUA :'(

Sunday, May 8, 2011

Happy Birthday Asyraf !


YEAHHH! HAPPY BIRTHDAY ASYRAF TOEK yg ke- 11. (Well he actually my adik.) Ingat sikit diri tu dh besar dh. Tpi orang dia kurus kedekiang macam cicak kobeng AHAHA apa la yang aku merepek ni. Jangan nak nakal nakal sgt. Makan bgi byk2 sikit bgi cepat besarrr :)
 Padan ngn muka. first time kena baling tepung dgn telur. Muka terkejut gilaa. Haha besalah first time kena mcm tu. Baru lahh syokkk kn?. Haha :D


7 May 2011

Alhamdulillah : )

There is nothing else that I can say unless Alhamdulillah. Guess what is it? 
 HOOHOOO! Saya dapat UiTM Shah alam, course Architecture. Masuk 3 sept 2011. Waahhh rasa macam nak menari chicken dance ja haha. Memang saya nk sangat2 course ni. Im so glad. 
Thank you Allah! 

For those yg tak berjaya dapat tawaran ke IPTA, dont worry k, mungkin rezeki di tempat lain ka. Tak pun buat rayuan, gunakan peluang ni untuk membuat pilihan yang sebaik baiknya. InsyaAllah mana tau mungkin dpat intake kedua. Alaa semua tempat sama ja UM, UiTM, UIA, pra-U, Takda pun yg made in China punya. Yang penting niat nk belajar tu. Good luck buddies :)  *Wahhh

Thursday, May 5, 2011

FORM 6 ?

APA ? FORM 6 ? GOSHHH..

T A H N I A H !

Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran.
(blablablabla)

 TERIMA TOLAK? TERIMA TOLAK? TERIMA TOLAK? Jawapannyaaa TOLAK.
Hooooo. Tamau tamau. memang takda plan pun nk masuk form6. 
First reason, memang memang tak minat. Second reason, ramai orang ckap SUSAH OKAY SUSAH.
Lain lain reason, mmmmm ntahh memang tak berminat lah nk masuk form6, so bubye~. Tpi tengok lah dulu macam mana. Tpi rasanya tak kot. Ishhh ntahh laa. eyhhh takpa la kbye. *Tgh fikir fikir ni. Geeee :)

Friday, April 22, 2011

BIEBER FEVER !

Jyeahh! Bieber Fever! HATERS ? uhh go away please. Why some people dont like him? weird.
He's Gay? He has a girlfriend . Ugly? Millions of Girls think he's the hottest guy alive, and he's on millions of poster everywhere. Weak? Broke his foot on stage and carried on singing. Heartless? Listen to "Pray". Unseccessful? 17 years old, 29 songs, 4 album, 9 music video, 1 movie, 20 awards, 2 tours, 86 shows, 400 millions fans.
Jealous much haters? Sorry, no one interested with you haters.
Kayy, dh lupakan pasal haters. Mentang mentang la kn malam ni Justin Bieber's Concert's, semua updates status  dkat Facebook pasal Bieber ja. Dkat Twitter pun penuh pasal Justin Bieber. Haha. Belieber for life!
Siapa yg pegi concert tu tolong jerit kuat kuat ckap mcm ni " Bieber your girlfriend said that she love you! ".  Kalau ckap girlfriend tu, dia tau la. *That means I lahh. Geeee :)
Sekali sekala nk perasan takpa. Bukan selalu :p
Saya tak pegi lahh Bieber punya concert. Sedih kn? Sokay sokay, tgk dkat Youtube je nnty. Tulis ja dkat search tu Justin Bieber Live In Malaysia 2011.  Sure berlambak. Tengok mcm Bruno Mars sudahlaa, berlambak lambak kat Youtube. Pilih pilh. Haha.
Dah dapat tengok cita dia pun jadi la. Haha. Never Say Never Jyeahh! Siapa yg belum tengok lgi tu, cepat cepat la ke panggung wayang yg berhampiran yee. Kalau boleh pegi yg ada 3D punya. Bestttt Ooo. Haha.
This story based on about his life. Macam mna hidup dia masa dulu2. Nk tau lgi? p lahh tengok.
Serius bila dia nyanyi dalam cerita tu, rasa mcm kita ada dkat concert dia. Meremang bulu bulu roma. Org yg kat belakang tu siap nyanyi2 lagi. Baby Baby Baby ohh. Haha. Serius best kot. Nnty kalau Dvd NSN dh keluar, nk beli! Nak tengok sampai jemu. Haha. Haters diamm :)


Meet Justin Bieber! Awhh. Jangan jealous. HEHE :)
"Bieber, nnty you datang Malaysia kita date lagi okay. Send my regards to Salena Gomez."
Byeee Byeee.

Wednesday, April 13, 2011

You are Sucks!

OhMyGoshhhh! Grrrrr.. Tergamam lepas check tu. Check apa pulak kali ni? Haishh. Macam2 kan saya check arini. Ni pun saya check dh tengah malam.* thanks to my diorrr Husnoo fr giving me these info. heee :)
Woah! 17 MAY 2011. Kem PLKN Tasoh Berseri, Perlis. MMG BEST PUN! :'(
Tau tak apa yg saya semak ni? It's PLKN jyeahhh! PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA! Pftttt. tamau p boleh dak? *Bak kata Haikal yg BAIK(nk muntah sat boleh?haha) "Boleh2 kalau taknak pegi, nnty dapat tidur hotel besi 5star and makan makanan sedap fr free." Paham dak maksud dia apa?haha. Maksud dia masuk JAIL laa ( Hotel BESI and makanan FREE). Dia memang tak KEJAM pun kan. Kan kalau sepa2 yg tak p plkn kena denda masuk penjara. K mula mulanya aku pun tak paham sangat then dh lama2 bru paham. aku ni memang yg jenis lambat tangkap sikit. Hehe. Kay, saya dapat second intake dkat Kem PLKN Tasoh Berseri, Perlis. Alamat Kem  Batu 12, Jalan Kaki Bukit.
Haaa Sapa tau sapa tau? soo soo inilah lahh tempat dia. *search dkat google semua ada :)
Cantik tak cantik tak? Cantik ka tak tetap kena pergi jgak. So kpda sesiapa yg tak dpt PLKN tu jgn duk gelak2 sangat la kan. Nasib nasib -.-
Haishh bencinyaa nk kena p PLKN. Dhla kurus, nnty lagi lahh kurus. Tingal rangka ja apa lepas ni. Haha over dak? Semakin hitam la jawabnya lepas ni -.-'
Let's singing together! Okay, one two three go! Nyanyi dengan penuh semangat k!
Kami wira wirawati negara
Kini masa kami berjaya
Kami sahut cabaran berderas seiringan
Kami pasti mencapai wawasan.

Kita sahut cabaran bersama bergandingan
Berkhimat untuk negara
MALAYSIA!!!
MEMANG BEST PUN LAGU DIA(!)

17 May 2011 - 30 JULY 2011. Woahhh! MANA LAMA PUN KAN(?)


Merawat Hati yg Luka

Pfttt . Tittle post ni memang macam sakai. haha. actually I tak tahu nk letak apa tittle dia, so letak ja lahh yg mana terlintas dlm kepala neh. Geeee. 
merawat hati yg luka?? rasa2 la kn benda apa lah ni. alahaii..whoopss.. sorry ye ni bukan pasal cinta2 okay. Tak minat. Ce cita ce cita. lahaiii kenapa la over sangat mlm ni. ahaha. Kayy, Cerita dia macam ni, kan post sebelum ni I tak dapat maktab perguruan. soo sedih la kan. *tu lahh dulu tak nak belajar sugguh2. P/S : tapi bersyukur dengan result yg ada ni . alhamdullillah berkat usaha :)
Okayokayy sambung cerita balik. Then lepas tu dapat message dari UiTM *bukan main lagi sms bagai.
Dalam message tu dia tulis la, sila masuk http:// blablablala *malas nk tulis panjang macam mak nenek. Untuk semakan Panggilan Temuduga bla bla bla... Then dengan pantasnya saya pun check laa.
Teeetttt.. Guess what? saudari dijemput menghadiri temu duga yang akan diadakan seperti berikut:
bla bla blaa.. Kos senibina. Jam 10.30 pagi. UiTM cawangan kedah*UiTM merbok. 16 April 2011*sabtu ni?maigoat! cepatnyaaa. dhla segala benda dia nk. Slip ni sijil tu. Dhla semua nk kena ada pengesahan. haiyaa. Jawabnya esok kena p skola lah.
Alhamdullillah la kan. Memang citacita saya. weeee :)
Tpi ni cuma nk temuduga ja pungg. Belum tentu lgi. Tapi mnta2 la dapat. Amin.
*Sesiapa yg belum check lgi. Cepat2 lah ye. Nnty kelam kabut pulak.
Link sudah disediakan. Just click. Settle. Sekian Terima Kasih.
Gudluck buddies :)

teettttttt teettttt...

Kay, hari ni memang serabut sikit. Nk check yg ni yg tu semua nya hari ni. *tak ada hari lainn kaa?
P/S: sorryy yee kpda sesiapa yg chat dkat IM facebook tu, tak reply ur chat. serius malas gilaaa. 
kecualilahh my beloved friends. Yg lain semua aku pangkah, IM tu semua yg ngarot2 ja. malas aku. Cuba tegur baik baik, gentle tegur balik. Ini tak main redah jaa. Kayy kayy, ni sebenarnya nk cerita pasal apa ni? *berhenti menekan and cuba ingat balik. Okayy. Dh ingat balik (Y). Siapa dpt maktab perguruan? * utk lepasan spm 2010 shj. Teeettttt.. saya tak dapat lahhh. Agak sedih la jgakk. But it's okay, sebab saya tak minat sgt jdi cikgu ni. Tapi kalau dpat tu ALHAMDULILLAH la kann :)  Kpda sesiapa yg dpat tu Congrats la ye. Yg sebaliknya tu jgn putus asa pulak. Mungkin rezeki di tempat lain :)
**Kepada Sesiapa yg masih belum menyemak lagi untuk panggilan temuduga KPLSPM ambilan Jun boleh la menyemak sekarang. Nnty terlepas la pulak kn peluang tu. Bukan senang nk dpt.
Anda bolehlah click pada link ini untuk membuat semakan. Terima Kasih.* Dh macam kauter pertanyaan la pulakk. who care? haha.
Haaa. Org dh bgi tu. Tuggu apa lgi. Semak cepat. gudluck :)

Saturday, April 2, 2011

APRIL 'FOOL'

April Fool (1st April). Apa yg anda tahu tentang ini? 
Actually saya pun tak tau yg hari ni April Fool's Day. 
Saya pun tak tau byk sgt pasal ni.
Yang saya tau pun April Fool ni pasal nk kenakn org.
Memang sesuai la kan dgn pangilan dia pun April "FOOL"
Okay. Now, I just wanna share about April Fool (1stApril) with youu.

April Fool's Day mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Yarhhh. Begitulahh story nya. Sedih kan? So lepas ni ta yah laa nk April Fool sgt.

SUKASUKA

Hello readers! Dh lama rasanya saya tak update blog kn. 
I hope everything was fine. geee :)
Tetiba ja terasa mcm nk post something dkat blog. 
Tapi nk post apa pun tatau. alahaii. 
BlankEmptyZeroNoidea. Lalalala abaikan k. Suka sgt merepek -.-
okayokayyy lets start! Who likes to drawing? Painting? 
apa apa ja lahh yg berkaintan dgn ni,
Pleaseee put up your hands.
(macam lahhh aku nmpak pulak kn sapa yg angkat tngan). dah2 lupakan.
Yarhhh, i still remember when i was form 1 & 2. 
Time tu sangat lahh malas yg teramat malas nk lukis2 neh.
Tambah pulak cikgu yg ajar subjek ni alahaiii. paham paham sja la kn. 
(pandai2 ja aku ni nk cakap yg itu yg ini. haishh. sorry cikgu :)
Awal2 tahun ja rajin, then lepas tu hah mula lahh. MALASSS.
Terokk kan? geee.
Then masuk form 4 & 5 okay dahla, 
Sbb ada projek yg nk kena siapkn untuk SPM.
Lagipun cikgu ni dy tegas sikit and garang. Grrrr. Takuttt =.='
Tapi kadang kadang tu nk kena marah dgn cikgu bru nk buat.
Biasa la tu kn. Budak skolah namanya pun:)
Form 3? so so sorryy. Form 3 tak ingat lahh. Entah kenapa. Lupa terus.
Tapi sekarang tetiba ja jdi suka nk lukis melukis neh. teeehee.
Especially time tgh bosan, lagi2 waktu malam. Agaga. 
Kadang kadang tu sebelum nk tidur pun jdi keja.
Sebab siang mcm busy ja, maklumlah tolong2 buat kerja rumah. 
Cewahh. So takda laa bosan sgt.
Apa? ohh nk tgk gmbar saya lukis? nahh ambil lahh bukan nya elokk mna pun :|